Saturday 7 July 2012

Aktiviti-Aktiviti di dalam Pusat Jagaan

Assalamualaikum,entry kali ini kami ingin menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Pusat Jagaan Warga Emas Bakti Murni ini. Kami mengadakan marhaban bersempena Hari Raya AidilFitri pada tahun 2011. Kami di sini mengadakan pelbagai aktiviti kerana konsep pusat jagaan ini ialah berkonsepkan kekeluargaan. =)
Kami di Pusat Jagaan Warga Emas Bakti Murni juga sudi menerima lawatan daripada pelbagai pusat pengajian. Sebagai contoh,kami pernah menerima lawatan pelajar-pelajar sebuah kolej jururawat. Mereka mengadakan aktiviti gotong-royong dan bermesra bersama warga emas yang sedikit sebanyak telah menghilangkan kerinduan warga emas. =)
Seterusnya,kami mengadakan Hari Terbuka di Pusat Jagaan ini.Kami telah menjemput pelajar tahfiz untuk mengadakan majlis bacaan doa dan sedikit tahlil ringkas untuk kesejahteraan warga-warga emas. 
Pada Hari Ibu yang lepas,kami telah menyambut ibu-ibu di Pusat Jagaan ini dengan mengadakan majlis makan-makan. Ini sebagai tanda penghargaan terhadap ibu-ibu yang kami jaga di Pusat jagaan ini.
Aktiviti senaman di luar rumah =)



No comments:

Post a Comment