Tuesday, 17 July 2012

Percutian ke Pengkalan Balak pada 12/7/2012-14/7/2012 ( 3 Hari 2 Malam )




Pada 12/7/2012,Kami bersama ahli-ahli Rumah Jagaan Warga Emas Bakti Murni telah mengadakan percutian di Pengkalan Balak selama 3 hari 2 malam.Kami telah mengadakan majlis BBQ.Kami juga mengadakan aktiviti bersiar-siar bersama warga emas. Dengan mengadakan aktiviti ini,warga emas dapat menenangkan fikiran mereka dan dapat menghirup udara segar di tepi laut. Warga emas juga boleh menenangkan fikiran mereka dan bersama-sama bergembira melalui percutian kami kali ini.

Sunday, 8 July 2012

Aktiviti-Aktiviti luar

Assalamualaikum,post kali ini kami ingin menunjukkan kepada anda tentang aktiviti-aktiviti luar di pusat jagaan ini. Pada setiap hujung minggu,kami akan membawa warga emas bersantai dan mengambil angin di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti di Tanjung Emas dan pelbagai tempat lagi. Dengan ini warga emas tidak akan berasa bosan kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan. =)

Gambar di atas ialah ketika kami membawa warga emas pergi merehatkan diri di sebuah tempat pelancongan yang popular disini,iaitu di Nasuha Herbs,Pagoh. Kami melakukan aktiviti bebas disini seperti urutan kaki refleksiologi dan mandi manda di air terjun.



Saturday, 7 July 2012

Aktiviti-Aktiviti di dalam Pusat Jagaan

Assalamualaikum,entry kali ini kami ingin menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Pusat Jagaan Warga Emas Bakti Murni ini. Kami mengadakan marhaban bersempena Hari Raya AidilFitri pada tahun 2011. Kami di sini mengadakan pelbagai aktiviti kerana konsep pusat jagaan ini ialah berkonsepkan kekeluargaan. =)
Kami di Pusat Jagaan Warga Emas Bakti Murni juga sudi menerima lawatan daripada pelbagai pusat pengajian. Sebagai contoh,kami pernah menerima lawatan pelajar-pelajar sebuah kolej jururawat. Mereka mengadakan aktiviti gotong-royong dan bermesra bersama warga emas yang sedikit sebanyak telah menghilangkan kerinduan warga emas. =)
Seterusnya,kami mengadakan Hari Terbuka di Pusat Jagaan ini.Kami telah menjemput pelajar tahfiz untuk mengadakan majlis bacaan doa dan sedikit tahlil ringkas untuk kesejahteraan warga-warga emas. 
Pada Hari Ibu yang lepas,kami telah menyambut ibu-ibu di Pusat Jagaan ini dengan mengadakan majlis makan-makan. Ini sebagai tanda penghargaan terhadap ibu-ibu yang kami jaga di Pusat jagaan ini.
Aktiviti senaman di luar rumah =)



Friday, 6 July 2012

Gambar sekitar Bakti Murni


Alamat Pusat Jagaan Warga Emas Bakti Murni : No.874-B,jalan temenggong Ahmad,Kampung Bentara Luar,84000 Muar,Johor

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum,Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan laman blog untuk Pusat Jagaan Warga Emas Bakti Murni.